Dari dalam bilik aku dapat dengar gelak tawa mereka, bahagia ~ bahagia tanpa aku ! ya,sedarlah wahai diriku mereka x memerlukanmu lagi..tinggalkan mereka dengan kemewahan, tinggalkan segala-galanya ! masuk hari ini adalah hari ketiga aku menyepi dengan duniaku sendiri,mengejar masa yang berlalu pantas dengan membawa diri ke kancah bahagia k0n0nyea..
Dari matanya aku sendiri dapat lihat betapa bencinya dia, betapa fedup dirinya pdaku sehinggakan timbul kelainan semasa diriku melihat dirinya..yang membuatkanku lebih kecewa sehingga mataku kembali mengalirkan air mata bila diea masuk ke bilikku dan tiada teguran mesra dari bibirnya malah bila diea berjumpa dengan orang laen boleh diea menegur mesra orang itu sedangkan aku ? terpinga-pinga menunggu kemesraan itu kembali..salahkah aku marah? Salahkah aku jika jiwaku ada sekelumit perasaan cemburu ? aku seolah-olah hilang terus dari keluarga ini.
Sepi.
Perginya jiwaku kali ini begitu merobek jantungku membuat aku sesak nafas kembali.sungguhku tidak sangka apa yang terjadi kini membuatku hilang arah,tidak b0leh kawal perasaan! Mana perginya aku yang tabah dahulu ? yang mampu bertahan tanpa air mata ? kemana aku pergi ? aku hilang bersama-sama tangisanku.
Wahai ayah, wahai ibu yg ku sayangi sepenuh jiwa ragaku..
Maafkan anakmu meninggikan suara pada ibu dan ayah sebentar tadi, anakmu ini hanya ingin mempertahankan haknya.anakmu ini tidak bersalah wahai ibu dan ayah,kenapa sukar sangat untuk ibu dan ayah faham situasi anakmu ini ? apa dosa anakmu ini sehinggakan dirimu berdua tidak lagi menyokongku ?
Kekuatanku kini telah goyah, sekali ditolak habis jatuh bederai.itu aku kini ! meratapi semua kenangan lama seperti meratah besi hidup-hidup.sungguh menyeksakan hinggakan kerap kali aku berfikir untuk lari dari masalah.kenapa begini sekali aku diduga ? lepas satu , satu masalah yang timbul dan disebabkan ini jugak aku jadi panas baran kembali.
aku kepenatan.
Aku penat dengan semua yang terjadi padaku. Aku penat memendam rasa seorang diri. Aku penat berhadapan semuanya seorang diri.
Kadang-kadang timbul perasaan ingin meluahkan tapi kepada siapa ? aku takot untuk bercerita dan aku tak nak bercerita pasal diriku. Ya memang aku ada cerita tp cerita itu bukan sepenuhnya, itu hanya separuh.. malam ini seperti malam malam sebelumnya juga, aku dapat menghidu betapa tiada kata maaf dari dia. Aku redha ! aku taw aku sepatutnya merendahkan egoku tapi ..
Hatiku dan jiwaku tidak pasti mampu atau tidak aku lakukan ! sungguh teruk lukaku kali ini bagai membahang jiwa seorang insan perempuan yang diberi nama SJ .. hidup, memang sukar ditafsirkan.. senyuman yangku ukir adalah semunyuman palsu. Mataku kuyup , air liur yang ditelan seolah-olah pahit bila dia ada bersama. Dendamku padanyanya membuatkan aku benci kesemua orang yang berada bersama dengannya. Kenapa begitu sekali aku ? adakah kerana benci ? sakit hati ? atau cemburu ? yang menguasai jiwa ? hanya Allah sahaja yang tahu..
Aku kini tidak mengerti, apa mengapa kenapa aku diperlakukan begitu sedangkan kesalahan aku boleh dipertimbangkan kerana aku lakukan itu ketika marah dan kenapa tidak ada sekelumit rasa simpatimu wahai orang yang aku sayang? Susah sangat ke nk maafkan diriku ini ? jahat sangatkah diriku ini ? jahil kah aku ?
kasih sayang yang terukir mekar pergi meninggalkanku sedikit demi sedikit. layu sudah bunga yang dahulunya kembang mekar tanpa sebarang rasa malu dan dengan riaknya tp kini bunga yang dahulnya disanjung tinggi kini menjadi layu dan akan mati pada bila-bila masa. begitulah aku dan jiwaku kini ...
*cik temut yang semakin pasrah*
No comments:
Post a Comment