Sunday, May 29, 2011
BAHAGIA.
itu aku hari ini. sepanjang hari ini senyuman tidak pernah lekang di bibir mungkin kerana markah chemistry ? atau ntah aku sendiri tidak faham, aku seperti sudah kembali kepada aku yang asal , yang xpernah berhenti senyum kambing. aku harap senyuman ini kekal :)
namun..
dalam senyuman pasti ada duka. duka yang masih kekal di hati yang masih tegar membunuh jiwa. aku bukan aku ! ya , tempias hanya kerana NOVEL membuatkan aku hilang segala-galanya. jiwaku pasrah mengenangkan kisah dulu.
belayar dan terus belayar tanpa arah tuju mengimbas kenanganku jauh melayang, teringat kegembiraan aku bersamanya dahulu. bahagia tidak terperi. senyuman yang lahir ketika itu begitu mesra, begitu bahagia.sehinggakan aku dapat rasakan akulah orang yang paling bahagia di dunia ini namun Allah seakan-akan ingin mengujiku. aku hilang bersama jiwaku. sepi tanpa dirimu !
kenangan yang menggamit memori. sungguh, aku terkilan dengan perbuatanku sendiri. sedari aku hilang dalam sepi, jiwaku melarat ntah ke mana.. wahai dirinya yang ku sayangi, aku tidak rela kasih sayang yang lahir sejak diri ini lahir hilang begitu sahaja, aku taknak kasih dan sayang ini terus menghilang hanya kerana perbuatanku. aku sayang padamu wahai dirimu. sungguh ! aku berani sumpah, namun ..
bibirku berat mengungkapkan kata maaf darimu namun ku kuatkan juga diriku. walau sakit jiwaku, walau seksa diriku aku tetap memaksa diriku. aku sedar, kasih sayang itu begitu penting dari EGO. aku taw aku terlebih ego namun aku takut untuk berbudi bicara kerana aku tahu dia tidak akan memaafkan aku , melepaskan aku begitu sahaja !
Terbangun dari mimpi dengan dada bergemuruh lusuh.
Terperangah dan harus kecewa. terpinga-pinga aku dalam kesepian. aku mencari jalan yang benar, petunjuk dariNya tapi aku masih tetap sendiri, menyelami duniaku tanpa arah tuju. aku terkapai-kapai dalam dunia yang aku cipta sendri yang membuatkan diriku yang sebenar hilang. ternyata , hidup begitu sukar !
wahai pembaca yang disayangi,
baruku tahu kesabaran itu begitu penting, baru ku sedar ego hanya akan mencemarkan jiwa kita dan baru ku lihat KASIH SAYANG itu begitu bermakna buat seorang insan bergelar manusia. dalam dunia yang fana ini, aku redha dengan segala takdirNya. tanpaNya siapalah aku. terima kasih Ya Allah kerana telah menyedarkan aku. aku akan berusaha untuk tidak ego dan memohon maaf kepadanya kerana aku tahu takdir bersama selamanya adalah milik KAMI :)
No comments:
Post a Comment