Hanya jiwa yang mengerti hanaya hati yang memahami, kini aku seperti berjudi , hidup tanpa arah tujuan membuatku hilang dalam gelap gempita.. kehidupan kini hanyalah dengan linangan air mata sayu tulus ikhlas dari jiwaku ! sekiranya aku diberi pilihan , xakan aku benarkan mataku mengeluarkan sebutir permatap0n tapi semuanya di luar kawalanku.. mataku seperti sudah bersatu dengan jiwaku yang kini kosong tanpa manis, masin, masam dan pahit rasanya. Pada siapa aku harus salahkan ? takdir ? perlukah aku menyalahkan takdir ? atau diriku sendiri ? tidak ! tidak akan aku menyalahkan diriku sendiri kerana aku tahu aku tidak salah , aku dapat rasakan kini aku seakan-akan ego tapi ya aku tidak salah ! aku pemarah aku memang pemarah ! kau sepatutnya memahami diriku! Tp mengapa kau sentiasa mahu menguji kesabaranku ?
Kehidupan bagaikan roda ,ada kala kita naik dan ada kala kita jatuh ~kini tiba saat aku jatuh ! aku tidak mengerti mengapa dan kenapa aku dilayan sebegini rupa ? sedar atau tidak, aku sudah berubah menjadi kasar,pendiam,pendendam dan yang paling aku sayu bila aku mula berfikir untuk melarikan diri dari masalah ini dengan melakukan sesuatu di luar batasan akal fikiranku sendiri. Namun disebabkan seorang yang sangat aku sayangi,seorang yang sudah membesarkanku, mendidikku, mengajarku,menyusuku tidak sanggup aku meninggalkannya hanya kerana manusia yang tidak berhati perut !
Boleh dikatakan aku seperti berada dalam bahtera yang hanyut tanpa arah tujuan, ya itu aku kini ! melalui kancah hidupku dengan tangisan yang tidak pernah henti-henti, dengan rasa sakit hati, dengan jiwa kacau dan macam-macam lagi ! aku dapat rasakan kini kehadiranku seperti bayang-bayang di senja kala, kehadiran aku seperti melukut di tepi gantang.siapalah aku untuk menyuarakannya tapi aku tidak bermaya, aku tidak sanggup melihat orang yang telah melahirkanku itu sedih tapi aku terpaksa! Maafkan diriku ini wahai ibu..maafkan anakmu yang tidak dapat menahan tangisan yang tidak dapat bertahan dengan jiwa yang kian goyah dek gelombang yang keluar masuk dari telinga kanan mahupun kiri.
Kesedihanku kali ini lebih teruk, dan aku dapat rasakan ibuku tahu perasaanku namun itu hanyalah tafsiranku semata-mata, dirinya aku tidak tahu ~ aku tidak mahu ceritakan segala masalahku kepadanya kerana aku takut memberatkan dirinya, biarlah aku memendam rasa seorang diri. Mungkin aku terlalu ego untuk memohon maaf face to face tapi aku tak dapat bertahan bila melihat mukanya, hati ku sayu~ jiwaku kacau..aku menangis meratapi muka itu .. jiwaku memberontak menyebabkan aku berani keluar malam ke rumah kawanku tanpa beritahu ibuku. Aku tertekan,aku tidak dapat tahan lagi ! hatiu seperti ditikam hidup2 !
Saat ini , hatiku sudah hancur berdarah dek tikaman hebat dari dia. Pada awalnya aku dapat bertahan, aku dapat bersabar lagi tapi hari ini aku menjawab dan hari ini aku sedikit sebanyak meluahkan kesedihanku. Salah aku memendam rasa seorang diri ! bila orang Tanya aku buat tidak tahu, langsung tidakku ceritakan perkara sebenar kepada rakan2 yang rapat denganku kerana aku takut ‘dia’ akan malu dan orang akan salah anggap psal dia. Biarlah aku sahaja yang tahu.
Dia sudah banyak mengorbankan macam-macam padaku, sudah lama dia menikam jiwaku, sudah lama dia menyeksaku namun hati ini tetap bersabar kerana aku tahu dia mungkin tidak sengaja tp kesabaran itu ada tahapnya..tanpa akar manakan pokok itu tegak berdiri, tanpa angin manakan bergoyang pokok itu..begitulah kemarahanku tercetus ! jiwa ini meronta meminta belas dari sesiapa sahaja tapi bukan serendah itu darjat diriku ! aku tahu aku mampu bertahan dengan semua ini sungguhp0n mataku layu , sungguhp0n jiwaku kacau dan sungguhp0n diriku jadi korban.. aku rela demi menjaga hati seorang insan bergelar manusia T_T
Kini, ini diriku. Ya diriku yang mula kosong, yang mula hancur ! ombak tsunami yang melanda jiwaku kini seolah-olah mengambil masa yang lama untuk kembali surut .. mata yang sudah kabur, hati yang sudah tawar membuatkanku senyap tidak kata apa, merelakan semuanya berlaku depan mata sehinggakan buat pertama kali aku menangis di restaurant hanya kerana tidak tahan dengan keegoanku,dengan apa yang dirasakanku membuat aku keluar dari restaurant, duduk di tangga dan menangis teresak-esak hanya kerana aku tak dapat melihat mukanya kerana sayu di hati menjadi teman setia ..
Cukup sampai di sini untuk hari ini, tidak dapat aku menahan lagi tangisan yang membuak-buak ini.. hanya Allah yang tahu bagaimana aku rasa, bagaimana aku menghadapinya dan bagaiman aku kini !
(cik temut yang hanyut dibawa arus kesakitan)
No comments:
Post a Comment