STATUS UPDATED!
Uitm Puncak Alam
the legend of suraya

Monday, June 6, 2011

hidup jangan pernah nak menyusahkan owam laen

assalamualaikum.

Dear readers,

Hidup jangan pernah nak menyusahkan owam laen.yes, the title is the best title ever.
Hidup bagaikan layang-layang , kadang-kadang kita jatuh dan kadang-kadang kita naek dengan tinggi sekali. Bagi aku hidup memang menyakitkan. Tidak perlu menyusahkan orang laen hanya untuk kehendak kita semata-mata. Aku benci akan orang yang hidupnyea hanya membanggakan diri dengan kata ‘ ya, aku mampu lakukan segala-galanya sendiri , ya aku hebat ! aku boleh buat apa sahaja asalkan aku bahagia dengan melihat penderitaan orang laen!’ Ini adalah statement yang aku paling benci , tidakkah adea sekelumit perasaan padanya ? adakah hidupnya bahagia ? tuhan sahaja yang taw . ya, aku kini semakin tabah menghadapi segala-galanya malah aku semakin berani dengan ape yangku lakukan.

Ceritanya begini ….

Pada mulanya layang-layang ku itu telah diikat kemas dengan layang-layang laen tapi disebabkan ada kesilapan yang sememangnya tidak dirancang maka putuslah tali itu dan disebabkan putusnya tali itu maka putuslah segala-galanya. Aku berhajat untuk mencari kembali tali itu tapi malangnya semakin aku dekat dengan tali itu semakin jauh tali itu lari dariku. Malang nasibku.

Aku terus mencari dan mengejar tali itu dan *tutttttttt hancur berkecai ! tidak ku sangka pencarianku kali ini hanyalah sia-sia malah semakin membuatkan aku ingin lari dari tali itu ! aku seakan-akan ingin terbang sendirian , sepi tanpa teman d sisi. Aku benci ! sungguh aku tidak sangka apa yang dikeluarkan oleh mulut punya ‘tali’ itu. Aku tidak tahu lagi apa yang harusku lakukan. Kata akhirku untukmu semoga kau bahagia dan semoga kau dapat penggantiku yang sememangnya tidak berguna ini !
Ya , aku memang seorang KAWAN , ADIK , dan ANAK yang tidak berguna. Sudahla, aku letih untuk berhadapan denganmu. Ceritaku kali ini akanku tamatkan begini sahaja , aku letih untuk semua ini . selamat tinggal layang-layang T_T

Cik temut yang sakit hati T_T

Tuesday, May 31, 2011

:)

alhamdulillah.

inilah tata roda hidupku. kegembiraan dikecapi walau kami masih belum bersatu, namun senyuman yang dahulunya singgah di bibirku menghilang kini telah kembali. alhamdulillah atas segala-galanya




hari ini adalah hari terakhir kelas tambahan. ntah mengapa hati berasa sayu untuk meninggalkan rakan-rakan mungkin merekalah penguat diriku saat aku layu. belayarnya aku meninggalkan suasana sekolah untuk 1 minggu lebih membuat aku terskima, ya , aku diuji dengan adengan diri ku sediri. di sinilah bermulanya hidupku sebagai one of the SPM CANDIDATE 2011.

kapal layarku kini telahp0n dibaiki untuk aku belayar dengan arah tuju yang betul dan aku yakin aku pasti sampai di destinasi pilihanku. akan ku pecut sepecut pecutnya hanya untuk memastikan aku diriku di sana :)

marilah sama-sama kita belayar mengejar impian kita , seandainya kita masih tidak tahu untuk belayar JANGAN CEPAT MENGALAH ! BERANI MENGAMBIL RISIKO belayarlah , masih belum terlambat untuk kita cuba .. berdoalah agar angin yang membawa kapal layar kita laju dan membuat kita sampai d destinasi tepat pada waktunya.

salam sayang buat semua ,

cik temut yang kembali senyum :)

Sunday, May 29, 2011



BAHAGIA.

itu aku hari ini. sepanjang hari ini senyuman tidak pernah lekang di bibir mungkin kerana markah chemistry ? atau ntah aku sendiri tidak faham, aku seperti sudah kembali kepada aku yang asal , yang xpernah berhenti senyum kambing. aku harap senyuman ini kekal :)

namun..

dalam senyuman pasti ada duka. duka yang masih kekal di hati yang masih tegar membunuh jiwa. aku bukan aku ! ya , tempias hanya kerana NOVEL membuatkan aku hilang segala-galanya. jiwaku pasrah mengenangkan kisah dulu.

belayar dan terus belayar tanpa arah tuju mengimbas kenanganku jauh melayang, teringat kegembiraan aku bersamanya dahulu. bahagia tidak terperi. senyuman yang lahir ketika itu begitu mesra, begitu bahagia.sehinggakan aku dapat rasakan akulah orang yang paling bahagia di dunia ini namun Allah seakan-akan ingin mengujiku. aku hilang bersama jiwaku. sepi tanpa dirimu !

kenangan yang menggamit memori. sungguh, aku terkilan dengan perbuatanku sendiri. sedari aku hilang dalam sepi, jiwaku melarat ntah ke mana.. wahai dirinya yang ku sayangi, aku tidak rela kasih sayang yang lahir sejak diri ini lahir hilang begitu sahaja, aku taknak kasih dan sayang ini terus menghilang hanya kerana perbuatanku. aku sayang padamu wahai dirimu. sungguh ! aku berani sumpah, namun ..


bibirku berat mengungkapkan kata maaf darimu namun ku kuatkan juga diriku. walau sakit jiwaku, walau seksa diriku aku tetap memaksa diriku. aku sedar, kasih sayang itu begitu penting dari EGO. aku taw aku terlebih ego namun aku takut untuk berbudi bicara kerana aku tahu dia tidak akan memaafkan aku , melepaskan aku begitu sahaja !

Terbangun dari mimpi dengan dada bergemuruh lusuh.
Terperangah dan harus kecewa. terpinga-pinga aku dalam kesepian. aku mencari jalan yang benar, petunjuk dariNya tapi aku masih tetap sendiri, menyelami duniaku tanpa arah tuju. aku terkapai-kapai dalam dunia yang aku cipta sendri yang membuatkan diriku yang sebenar hilang. ternyata , hidup begitu sukar !

wahai pembaca yang disayangi,

baruku tahu kesabaran itu begitu penting, baru ku sedar ego hanya akan mencemarkan jiwa kita dan baru ku lihat KASIH SAYANG itu begitu bermakna buat seorang insan bergelar manusia. dalam dunia yang fana ini, aku redha dengan segala takdirNya. tanpaNya siapalah aku. terima kasih Ya Allah kerana telah menyedarkan aku. aku akan berusaha untuk tidak ego dan memohon maaf kepadanya kerana aku tahu takdir bersama selamanya adalah milik KAMI :)